Membeli Rumah Pertama Anda
Jika
anda telah menyimpan hasrat untuk membeli rumah anda sendiri dan ini
adalah rumah pertama yang anda miliki, ada beberapa perkara yang mesti
ada dalam perhatian anda demi memastikan anda dapat melalui prosedur
pembelian rumah ini dengan baik.
Sebelum anda memulakan langkah anda untuk membeli rumah, tetapkan di
dalam minda anda yang anda ingin tinggal di rumah tersebut untuk 3-5
tahun akan datang dan anda akan hidup bersama komuniti dan persekitaran
rumah tersebut.
Baiklah, mari kita lihat beberapa tips asas dalam membeli rumah pertama anda.
1. Semak status kewangan anda
Kebanyakan dari kita akan membeli rumah melalui kaedah pinjaman
kewangan justeru langkah pertama anda ialah dengan menyemak status
kewangan anda. Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank atau bahagian pinjaman perumahan kerajaan.
Kalau anda beli rumah dengan bayaran tunai, memang tiada masalah
2. Tentukan anggaran bajet anda
Setelah yakin anda mampu untuk membeli rumah dengan status kewangan
anda, tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli.
Masukkan sekali kadar faedah pinjaman dan juga kos-kos tambahan seperti
renovasi, cukai dan juga yuran komuniti penduduk ke dalam bajet anda.
Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang kami sediakan untuk memudahkan anda menentukan anggaran bajet anda.
Apabila anda sudah dapat menentukan anggaran bajet anda tersebut,
fokus perbelanjaan anda pada pembelian rumah untuk memastikan anda dapat
membuat pembayaran pinjaman dengan baik.
3. Bertemu dengan pemberi pinjaman
Langkah seterusnya ialah dengan bertemu dengan pemberi pinjaman iaitu
pihak bank. Terpulang kepada anda untuk memilih dari pihak mana anda
ingin membuat pinjaman. Salah satu tips ialah dengan memilih pihak bank
yang tidak terlalu memilih dan mempunyai syarat yang longgar.
4. Bertemu dengan kami
Sekiranya anda sudah cukup yakin yang anda boleh menguruskan urusan jual beli rumah dengan sendiri, anda boleh skip
langkah ini namun memandangkan prosedur jual beli rumah bukanlah satu
prosedur yang mudah dan anda perlu berurusan dengan pihak kewangan dan
juga peguam ditambah pula dengan kesibukan dalam hari-hari anda, bertemu
dengan kami, akan membantu anda untuk mendapatkan rumah
yang anda idamkan.
Ini adalah untuk memudahkan urusan jual
beli rumah anda dan kami boleh mencadangkan rumah-rumah
yang terbaik untuk anda.
5. Pilihan pakej pembelian
Terdapat beberapa cara bagi membeli rumah
1. Beli rumah yang telah siap dari pemaju, kontraktor atau 2nd hand
2. Beli rumah dalam pembinaan
3. Beli rumah konsep "Reka dan Bina"
4. Bina rumah atas tanah sendiri
kesemua huraian mengenai prosedur dan cara-cara pembelian di atas akan kami kongsikan nanti dalam pos yang akan datang atau boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma.
ianya penting untuk mengenal pasti cara-cara pembelian kerana ianya melibatkan masa, kos, kepuasan rekabentuk dan beberapa perkara lain yang mungkin menguntungkan anda.
5. Memuktamadkan pembelian anda
Setelah anda berpuas hati dengan rumah yang ingin anda miliki
tersebut, serta pilihan cara pembelian, serahkan kepada kami untuk menjalankan
prosedur jual beli rumah untuk anda. Selalunya anda akan diberikan sebutharga terperinci mengenai harga dan spesifikasi rumah dan diminta mengisi
borang tempahan dan membayar wang booking sebanyak 3%. Pastikan anda membaca borang yang akan anda isi dengan teliti. Kemudian follow up
perkembangan prosedur jual beli rumah anda dengan
sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Langkah terakhir di dalam pembelian
rumah anda ini sudah pastilah dengan anda akan mendapat kunci rumah dan
anda akan memulakan hidup baru di rumah idaman anda itu.