Isnin, 3 Ogos 2015

PANDUAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

Membeli Rumah Pertama Anda


Jika anda telah menyimpan hasrat untuk membeli rumah anda sendiri dan ini adalah rumah pertama yang anda miliki, ada beberapa perkara yang mesti ada dalam perhatian anda demi memastikan anda dapat melalui prosedur pembelian rumah ini dengan baik.
Sebelum anda memulakan langkah anda untuk membeli rumah, tetapkan di dalam minda anda yang anda ingin tinggal di rumah tersebut untuk 3-5 tahun akan datang dan anda akan hidup bersama komuniti dan persekitaran rumah tersebut.
Baiklah, mari kita lihat beberapa tips asas dalam membeli rumah pertama anda.

 1. Semak status kewangan anda 

Kebanyakan dari kita akan membeli rumah melalui kaedah pinjaman kewangan justeru langkah pertama anda ialah dengan menyemak status kewangan anda. Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank atau bahagian pinjaman perumahan kerajaan. 

Kalau anda beli rumah dengan bayaran tunai, memang tiada masalah

2. Tentukan anggaran bajet anda

Setelah yakin anda mampu untuk membeli rumah dengan status kewangan anda, tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli. Masukkan sekali kadar faedah pinjaman dan juga kos-kos tambahan seperti renovasi, cukai dan juga yuran komuniti penduduk ke dalam bajet anda.
Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang kami sediakan untuk memudahkan anda menentukan anggaran bajet anda.
Apabila anda sudah dapat menentukan anggaran bajet anda tersebut, fokus perbelanjaan anda pada pembelian rumah untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik.

3. Bertemu dengan pemberi pinjaman

Langkah seterusnya ialah dengan bertemu dengan pemberi pinjaman iaitu pihak bank. Terpulang kepada anda untuk memilih dari pihak mana anda ingin membuat pinjaman. Salah satu tips ialah dengan memilih pihak bank yang tidak terlalu memilih dan mempunyai syarat yang longgar.

4. Bertemu dengan kami

Sekiranya anda sudah cukup yakin yang anda boleh menguruskan urusan jual beli rumah dengan sendiri, anda boleh skip langkah ini namun memandangkan prosedur jual beli rumah bukanlah satu prosedur yang mudah dan anda perlu berurusan dengan pihak kewangan dan juga peguam ditambah pula dengan kesibukan dalam hari-hari anda, bertemu dengan kami, akan membantu anda untuk mendapatkan rumah yang anda idamkan.
Ini adalah untuk memudahkan urusan jual beli rumah anda dan kami boleh mencadangkan rumah-rumah yang terbaik untuk anda.

5. Pilihan pakej pembelian

Terdapat beberapa cara bagi membeli rumah
1. Beli rumah yang telah siap dari pemaju, kontraktor atau 2nd hand
2. Beli rumah dalam pembinaan
3. Beli rumah konsep "Reka dan Bina"
4. Bina rumah atas tanah sendiri

kesemua huraian mengenai prosedur dan cara-cara pembelian di atas akan kami kongsikan nanti dalam pos yang akan datang atau boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma.
ianya penting untuk mengenal pasti cara-cara pembelian kerana ianya melibatkan masa, kos, kepuasan rekabentuk dan beberapa perkara lain yang mungkin menguntungkan anda.


5. Memuktamadkan pembelian anda

Setelah anda berpuas hati dengan rumah yang ingin anda miliki tersebut, serta pilihan cara pembelian, serahkan kepada kami untuk menjalankan prosedur jual beli rumah untuk anda. Selalunya anda akan diberikan sebutharga terperinci mengenai harga dan spesifikasi rumah dan diminta mengisi borang tempahan dan membayar wang booking sebanyak 3%. Pastikan anda membaca borang yang akan anda isi dengan teliti. Kemudian follow up perkembangan prosedur jual beli rumah anda dengan  sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Langkah terakhir di dalam pembelian rumah anda ini sudah pastilah dengan anda akan mendapat kunci rumah dan anda akan memulakan hidup baru di rumah idaman anda itu.